Tutorial Blog








Chatbox







Ask fm

You can request here
Please check that you've log in into your account
No ask fm account ? Right your name and URL blog


Credit





Design by Dirah .
Helped by Tiqah , Wana , Qistina , Afiqah Colour codes.
Used by Me
Tips : Cara Mengelakkan Jadi Sombong
Friday 2 August 2013 | 17:23 | 4000 comments






Arrogant ?? = Sombong .. wah nampk menarik kan entry ni?? hmm cara nak elak jadi songbong?? jom bace..

tanda seseorang tu bersifat sombong ?

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. 

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain. 

6. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri. 

7. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

8. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.


Siapa yang tak nak jadi sombong,  ikut je panduan yang digariskan oleh  imam Al-Ghazali di bawah .


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

P/s: Jadi, elakkan lah tabiat sombong 2 ye >_<

Labels: