Tutorial Blog








Chatbox







Ask fm

You can request here
Please check that you've log in into your account
No ask fm account ? Right your name and URL blog


Credit





Design by Dirah .
Helped by Tiqah , Wana , Qistina , Afiqah Colour codes.
Used by Me
TIPS : Ilangkan stress
Friday, 2 August 2013 | 17:48 | 4000 comments






Wohhh ~ ! hmm Dirah nak tanya korang , korang pernah alami stress tak ? Kalau tak penah bagus la . Korang tak penah stress sebab korang bahagia dengan hidup korang ? Ahh korang tipu Dirah an . korang betul - betul ke tak penah alami strees ? .. Ohh baik korang pergi jumpa doktor sebab korang tak normal agaknya xD . OK Dirah nak bagi tips hilangkan stress ni . Korang nak , boleh baca . Sapa tak nak ? boleh pi jalan sana ye :P .. bazir mase jer korg bukak entry nie :V
  • Dengar Music

Sebenarnya tips memang bagus and sesuai untuk hilangkan stress yang biase punye la . Dengar music dan ambik masa korang untuk sendirian dengan nadanya   . Kalau boleh , guna earphone la , baru boleh dengar je music , tanpa gangguan bunyi benda lain . Dengarlah bapa banyak yang korang nak dengar music tu  //sampai pekak pun boleh hihi
  • BERKONGSI MASALAH NGAN KAWAN      
Cara ni memang kurang la . i mean jarang la sangat berjaya . Pasal banyak yang rakan - rakan tak seperti rakan karib //betul an ? . Tapi bagi atin ia agak efektif . Kongsi dengan rakan yang korang percaya dan rapat 100% . Luahkan masalah korang , dan mintalah pendapat dia . Atin ada pernah alami situasi kawan atin ada telefon sambil menangis , sebab ? putus dengan pakwe  //kadang2 malas gak nak layan huhu . Yela , kita mane ade bf ni --' . Jadi tak penah la rasenya an ? . Dah puas nangis , atin tanya dia balik , " asal telefon aku ? kenapa bukan orang lain ? " Jawapnya dia malu dengan rakan lain sebab putus cinta dan tak nak kongsi masalah dengan diorang . A'ah betul jugak an . Ingat ! cari kawan yang korang rasa boleh membantu .  


  • MENJERIT
Puasnya dapat lakukan tip ni . Menjerit dengan sekuat - kuatnya , sampai korang puas //jangan sampai xde suare sudah haha ^^ . Tapi kalau nak lakukan , pastikan sekitar korang tak ade seorang pun kat tempat tu . kalau korang tak ade tempat , korang boleh jugak menjerit kat bilik  . Tapi pastikan tutup semua ruang  bunyi , then jeritlah sekuat mana yang korang puas , menjerit sampai pecah suara pun tak ape >_< .Tapi Kalo ade pintu camne ekk... Haha!Kantoi arr jawapan nyer

  • MENANGIS
Cara yang paling sesuai nak hilangkan stess . Tapi ade jugak lah yang jarang amalkan . Kalau boleh agak - agak lah sikit nak nangis pun >_< , biar bertempat . Gadis - gadis memang biasa lakukan ni . Kalau bagi lelaki yang menangis bila stess ? tak sesuai LOL . Dan ingat , korang akan puas bila korang menangis , sebab bebanan semacam babanan yang korang pikul telah dilepaskan . 

  • MENARI SEMASA MANDI
HAHA , memang pelek kan tip yang ni , memang pelik , tapi bagus . Yela , tengok siapa yang stress , badan akan rasa panas kan ? jadi kalau mandi nanti badan akan rasa sejuk balik //betul kan . Haa lupe pulak , masa mandi tu korang menari sekali tau . HAHA , atin dapat tip ni masa tengok Drama Korea " First Wives Club " . Kalau korang tengok watak lelaki tu , bila dia stress , dia ambil air , then dia basuh badan , lepastu dia menari  // macam gilakan HAHA . 
P/s : Setiap orang ada cara masing - masing dalam mengurus stress , ada yang makan lolipop boleh hilangkan stress , ada yang tumbuk dinding boleh hilangkan stress , dan ada jugak yang tak makan 2 3 hari . Masing - masing punya cara , tapi yang penting ingat , Stress Nie sementare jer.Hidup perlu diteruskan , stress perlu diketepikan *ceh wah!*
 







Labels:

Tips : Cara Mengelakkan Jadi Sombong
| 17:23 | 4000 comments






Arrogant ?? = Sombong .. wah nampk menarik kan entry ni?? hmm cara nak elak jadi songbong?? jom bace..

tanda seseorang tu bersifat sombong ?

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. 

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain. 

6. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri. 

7. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

8. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.


Siapa yang tak nak jadi sombong,  ikut je panduan yang digariskan oleh  imam Al-Ghazali di bawah .


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

P/s: Jadi, elakkan lah tabiat sombong 2 ye >_<

Labels:

TIPS : Nak berkenalan
| 17:07 | 4000 comments





Kali nie nak buat tips lak..dah tips kedue ari nie..tdi asyik buat TUTO jer 



Tips-Tips

Masalah yang sering dihadapi

  • Tidak tahu nak mula komunikasi
  • Malu untuk menegur
  • Takut untuk menegur
  • Pentingkan diri sendiri(tak jaga tepi kain orang)
Saya pernah dengar pada zaman dahulu ade seorang manusia.. Dia memang alim dan buat segala perintah yang Allah suruh. Lalu dia ada tanya sebanyak manakah pahala yang telah dia dapat? Lalu dijawab.. Pahalanya baru sahaja sebesar biji mata. Memang terkejutlah kan buat semua benda tetapi sedikit je pahala. Then dia tanya sebab apa lalu dijawab sebab dia tak pernah tegur jiran/orang yg dia jumpa. That's mean dia takde sosial at all.
  • Sibuk 

Memang masalah dia dari satu pokok punca sahaja. Maknanya masalah nak mulakan perkenalan ini dari satu sebab sahaja tapi dia berkembang sampai jadi banyak. Fuh.

Tips nak berkenalan :

  • Mulakan dengan lisan (bercakap).
Macam mengucapkan Assalamualaikum/Selamat Sejahtera/Atau bertanyakan sesuatu.
  • Lemparkan senyuman kepada orang itu jika dia menoleh dekat kita
Kita akan menjadi mesra dengan lebih cepat.
  • Memberanikan diri untuk bertanya (Tak perlu cari soalan untuk menanya.. kita just harus beri apa2 yang terlintas di fikiran kerana bertanya disini berniat untuk memulakan titik menghubungkan ukhwah.. bukannya kerana menginginkan jawapan.
P/s: Untuk akhir kate , Semakin ramai kawan , Semakin bahagia hidup kita ^_^

Labels:

Alasan Paling Famous Tak pegi SEKOLAH
| 16:57 | 4000 comments





I hate SCHOOL *bukan saye*

Pergi tak sekolah tadi ? Haa pergi takk ?? (bagi yang masih bersekolah aje).. Hahha tak pergi ekhh ? Apa alasan korang tak hadir? PEMALAS .

Okay jom kita tengok dibawah.. Apa alasan yang selalu diguna pakai oleh para pelajar yang tak mahu ke sekolah yeahh ;]]

Dekat bawah ni alasan dorang kepada ibu bapa

  • Kerja sekolah tak siap
  • Macam2 sakit
  • Bangun lewat
  • Tertinggal bas

Dekat bawah pulak alasan kepada guru/kawan sekolah

  • Baju basah lagi
  • Ziarah nenek sakit
  • Sakit
Haa tol tak tu alasan selalu korang dengar ? Kalau betul tepuk tangan sama-sama

*claps claps*
Entry ni hanyelah rekaan je.. Tapi ia betul berlaku dapa budak2 yg malas nk g skolah 2.. Kalau bole yg dah terbiase ponteng 2 jgn sesalu berlaku lagi..atopun xyah la bende ni berlaku..Buang la sifat2 korang yang suke ponteng 2..Jangan buat ye.. ingat pesan ni


Labels:

Tanda seseorang itu sdg berbohong
Friday, 26 July 2013 | 22:30 | 4000 comments





Hai. Okay hari ni Dirah nk share tanda tanda seseorang tu sedang menipu. Tak salah pun kan? Sharing is caring. Ihiks.


1) Kerap Menyentuh Hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung!

2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

3) Gagap

Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.

6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


7) Iris Mengecil

Tahu tak iris tu apa? Iris tu benda kecil warna hitam yang ada di tengah tengah mata hitam manusia. Kalau anda nak tahu, orang yang sedang menipu irisnya akan mengecil kerana dia memaksa mata dia untuk pandang tepat ke arah kita. Orang yg menipu dia takboleh buat eye contact. Percayalah.



Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Labels:

Cara hilangkan eyebag / mata panda
| 22:28 | 4000 comments




Assalamualaikum 

Muke dah comey,possing dah cun. eyebag dia pulak kelihatan.. T-T

Petua Hilangkan Tanda Hitam Dan Eye Bag Di Bawah Mata 

 Korang mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata? Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan tahu tak? Wakaka bajet mcm mata Diraj okay lah kan. Okay watlek sebab mata Dirah pun ada eyebag + lingkaran hitam jugak sikit. Sape suruh tidur lewat kan. Padan muka v.v

Okay bagi nak menghilangkan eyebag korang / mata panda yang KETERLALUAN. Boleh ikut petua kat bawah ni :)
p/s; Petua ni satu satu eh, bukan LANGKAH LANGKAH :)
1. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.


2. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.


3. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit.  Lakukan sebelum dan selepas tidur.


4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur. Yang ni senang je :) *weehee nak try*


5. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.


6. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.


7. Bersihkan dan potong timun nipis nipis. Bukan timun cina , timun hijau tu. CUCUMBER. Haa, lepastu letakkan atas mata korang yang comel tu , ihiks. Biarkan selama 7643746932 jam. Kuakua gurau :p 15 minit sudah. Confirm fresh mata .

Okay itu je yang Dirah nak share malam ni. Adias!

Labels:

Cara kuruskan badan dgn cepat tanpa ubat
| 22:22 | 4000 comments




Hai guys, okaay. Amat lawak sebenarnya DIRAH nak buat tips ni Wahahaha. Tapi takpe lah~ Ni pun untuk readers jugak kan. Sharing is caring. Mwehehe.


1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh sangat menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. 

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN


Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Tips cara kurus badan ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR DALAM SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yg disebabkan air. 

p/s; Makanan yang paling bahaya dalam dunia ni ialah MAGGI kerana kuahnya lebih masin daripada air laut tetapi kita tidak sedar . *dipetik daripada buku sendiri* Maggi jugak akan merosakkan sel sel dlm badan dan akan mengemukkan badan.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yg tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia boleh terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9.MAKAN KERAP

Ehem , makan kerap ni bukannya makan banyak tau . Makan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit lebih baik sebenarnya daripada makan SEKALI sehari tapi dalam kuantiti yang BANYAK .


10. MINUM MINUMAN YANG MASAM
Kalau pergi dekat kedai / restoran tu ha , boleh lah order fresh orange ke , limau nipis ke , yang masam masam sebab minuman yang masam ni boleh membakar kalori anda :)

11. BANYAK KAN MAKAN BUAH BUAHAN & SAYUR SAYURAN 



Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

12. JANGAN TIMBANG BERAT SELALU


  Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

 . Kalau tinggi anda KURANG daripada 160 cm tapi berat anda LEBIH daripada 50 kg , anda dikira mengalami obesiti dan sepatutnya mengambil tindakan lebih awal.



Okay thats all ^.^ Bye :*

Labels:

Tips : Cara untuk mengelakkan jerawat
| 22:19 | 4000 comments





Hey guys . Sihat? 
harini ni Dirah nak kasih satu Tips untuk menyumbatkan dalam stuffs blog Dirah ni haa. Enjoy!

CARA UNTUK MENGELAKKAN PENUMBUHAN JERAWAT 

Okay , seperti yang sedia tahu , takde sape yang suka jerawat kan? Sebenarnya , jerawat ni WAJIB tumbuh
dalam kehidupan manusia. Setiap orang akan merasai kesakitan jerawat >.< Lol. Cuma bezanya ,
ada yang BANYAK , ada yang SIKIT . Ada yang tak ada kat muka , tapi ada kat lain .Contohnya kat dalam hidung org dalam telinga -,- Eerk,  Pelik kan? Dan agak menggelikan.
macam yg dirah penah lalui sebanyak 2 times..dalam idung..EYAKKKKSSSS!

Jerawat ialah bakteria. Bakteria akan wujud di tempat yang kotor lahkan? Jadi , kalau korang taknak muka
korang jadi tempat semaian jerawat jerawat yang comel ni sentiasalah ;

1.BASUH MUKA .

Ha , yang ni Lia selalu buat. Tapi AWAS ! Jangan basuh muka 'terlalu banyak kali' 
sbb nanti jadi benda lain pulak. Rahsia okaaay :b *bunyi drum* Kalau kat rumah , bila rasa muka dah makin kering atau berminyak , cepat cepatlah basuh muka dgn air mutlak okay , Kalau nak lebih elok 
, basuh dengan air beras basuhan ketiga.

JANGAN BASUH DENGAN BASUHAN BERAS PERTAMA YANG KOTOR TU,
ALAMATNYA BERKERUT DAN HUDOH LAH MUKA KORANG -.-
#Kejam. Basuh muka denga air mutlak ini sekurang kurangnya 5 jam sekali okay . Hehek.


Untuk hasil yang lebih kedababooom, basuh muka dengan pencuci muka lah ;3 Tapi pastikan produk tu sesuai dengan muka anda. Kalau tak sesuai , cepat-cepat tukar tau.Tapi kalau Lia , Lia syorkan pakai Safi . Sebab lia pakai safi. LOL :p


2.GUNA KERTAS MINYAK 

Ada kulit remaja zaman sekarang ni , *ceh* kuat berminyak !
Kuat berminyak tu yang senang mendorong kepada penumbuhan jerawat tahu! Jadi sumbanglah at least RM10 je untuk menyelamatkan kulit anda -.- Janganlah kedekut sangat! Kulit anda jugak kan.. 
Hahaha. Lia bersyukur sbb kulit Lia tak banyak minyak. Kalau ada geng kat sekolah bawak kertas minyak 
tu , Lia selalu nak try.Tapi tak ada apa pun. Sedih jugak kadang-kadang. Semua org ada :( *gila*

3.JAGA PERMAKANAN

Hah ! Yang ni kena fokus sikit :b Sebab saya pun kuat makan jugak . Kui kui kantoi.Tahu tak makanan 
apa yang menyebabkan jerawat?

1.Kacang tanah.

*BIASANYA TERDAPAT DI DALAM KUAH SATE YANG KITA SUKA MAKAN TU, YUMM!*

2. Coklat yang berperisa CHOCOLATE. Kalau yang buah buahan tu takpelah ;)

3. Makanan yang berminyak dan berkalori

4.Makanan yang pedasssssssss!

Sebenarnya boleh je makan makanan dia atas , cuma TIDAK BERLEBIHAN.
Makan 10 kali sehari contohnya. Trolololo.


4.ELAKKAN DARI TEKANAN
4. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI REHAT YANG CUKUP
5. ELAKKAN DARI MEMICIT JERAWAT
Hah . Yang ni ramai orang buat , kalau dah ada jerawat tu , tak payah lah picit ! Ee. Makan kang!
Hahaha kidding. Lia tahu amat geram bila tengok tapak pesemaian jerawat atas muka kita kan?
Sebabtu lah , kena elakkan . Mengelak lebih elok dari merawat kan? A'ah. Pandai :D
Boleh picit jerawat untuk kelurkan nasi kat dalam jerawat tu , tapi tunggu lah masak dulu.
Wow , macam tunggu padi masak pulak kan -,- Haha ignore ignore.

Kenapa? Pertama , ia akan menyebabkan jerawat kita makin BENGKAK dan makin
TERUK ! Ishhk. Lebih menyedihkan , jerawat kita mungkin boleh berjangkit ke
tempat lain dia muka kita. Tak ke sedih tu? 

Okay semoga muka korang selamat daripada jerawat okay? Tak macam muke dirah nie..Semoga berjaya ! Bye :)

Labels: